Saya telah menjalani Bengkel Komunikasi dan Pameran Kerjaya semasa Program Keterampilan Graduan anjuran MARA di GMI pada 01-03 Jun baru-baru ini .. Program ni anjuran MARA sepenuhnya yang telah dibuat di kolej saya selama 3 hari .. Antara kolej tajaan MARA yang turut serta adalah KPTM Bangi, MSU, Saito Kolej dan kolej saya sendiri ..
Program yang bermula pada pukul 8.00 pagi Rabu 01/06 .. Majlis bermula dengan sesi pendaftaran peserta dan juga guru pengiring .. Selepas sesi pendaftaran semua peserta dan juga guru pengiring bersarapan pagi .. Makanan kami selama 3 hari di bengkel ini disediakan sepenuhnya oleh pihak MARA ..
semasa sesi pendaftaran .. |
Selepas sarapan kami diberikan taklimat mengenai program ini oleh pihak MARA di dewan GMI .. Selepas itu kami diperkenalkan dengan consultant yang akan membimbing kami selama 3 hari ni .. Kami telah dipecahkan kepada 10 kumpulan .. Setiap kumpulan akan diketuai oleh seorang consultant yang akan membimbing kami .. Saya telah diserapkan dibawah bimbingan Puan Suhaina .. Selepas itu kami semua bergerak ke kelas untuk memulakan bengkel ..
sempat lagi bergambar sebelum majlis bermula .. :)) |
bersama housemate yg turut serta bengkel kerjaya ni .. |
Perkara yang mula2 saya diajar ialah Introduction to The Importance of Effective Communication @ Work .. kami diajar tentang communication style, communication roadblock dan juga communication skill and techniques .. Kami diberikan waktu untuk minum pagi selama 15 minit dan sambung semula bengkel sehingga pukul 1 tgh hari .. kami diberikan rehat selama sejam untuk solat dan makan selepas itu begkel bersambung semula sehingga pukul 5 ptg ..
Sesi malam bermula pada pukul 8.30 malam .. Kami belajar tentang Communication report and creating relationship sehingga pukul 10.30 malam .. apa yang menarik ialah sesi bengkel ni xpernah jemu kerana consultant yang membimbing kami sangat berpengalaman jadi sesi pembelajaran sangat menarik ..
Hari kedua diteruskan dengan recap and creating impact through presentations .. kami diberi tips dan teknik untuk membuat presentation yang menarik .. Kami juga diajar develop presence dengan mengunakan suara, eye contact, gestures atau pun gerak badan dan juga attitute .. selain tu kami juga ditekankan mengenai imej dan juga penampilan diri .. bengkel ini adalah bertujuan untuk melatih peserta dan memberi persediaan untuk ke melangkah ke alam pekerjaan ..
Selain itu kami juga diajar cara untuk membuat resume dan juga cover letter dengan betul .. selain penampilan dan juga komunikasi .. resume adalah sangat penting dalam presenting diri kita buat kali pertama pada majikan .. jika cara kita menulis tidak betul peluang untuk dipanggil untuk temuduga adalah minima ..
Hari ketiga diteruskan dengan sesi temuduga terbuka oleh company2 yang mengambil bahagian .. temuduga terbuka bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari .. Majlis penutup bermula pukul 2.30 ptg dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Pengarah Hal Ehwal Korporat MARA iaitu YBrs.Puan Hasni binti Suleiman .. majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada para peserta bengkel ..
bergambar kenangan dengan puan suhana yang bertudung coklat .. |
banyak yang saya belajar dari bengkel ni .. terutamanya tentang communication .. cara kita bercakap , guna tone suara yang betul dan juga cara untuk handle situasi yang xdiduga .. contohnya berdepan dengan rakan sekerja yang mempunyai masalah atitute .. sebelum ni saya selalu cepat marah dan susah untuk control perasaan marah tu .. dari bengkel ni saya belajar bagaimana untuk bertindak dalam situasi macam ni .. walaupun saya sekarang sibuk dengan proposal untuk final project .. tapi berbaloi bagi saya meluangkan masa selama 3 hari untuk bengkel ni ..
No comments:
Post a Comment