Assalamualaikum ..
amacam .. terliur x .. hehe .. |
(caramel)
3 tsp gula pasir
1/4 cawan air panas
(puding)
4 biji telur
1 tin susu cair
2 sudu esen vanilla
2 sudu tepung custard/jagung
2 sudu susu pekat/gula
Cara membuatnya :-
Untuk membuat caramel .. panaskan gula diatas api yang sederhana sehingga menjadi warna coklat dan mendidih .. tutup api kemudian masukkan air panas dan kacau sehingga sebati .. selepas itu bolehlah masukkan caramel tadi ke dalam loyang ..
Untuk membuat puding pula .. pukul telur bersama esen vanilla .. setelah agak kembang masukkan tepung custard dan susu pekat .. apabila semua sudah sebati masukkan susu cair dan pukul sehingga kembang .. selepas itu masukkan adunan kedalam loyang yang telah diletak caramel tadi .. kukus selama 15-20 minit ..
Bila puding dah masak sejukkan didalam peti sejuk .. saya buat tadi xambik masa yang lama pun .. lepas 2 ke 3 jam saya dah keluarkan dan telengkupkan
p/s: hidangan untuk 4 orang ..
2 comments:
singgah utk komen , klik, tgk entry...
salam perkenalan...
singgah2 utk klik + tabung.....
terjah seketika di laman saya dan klik2....
huhu .. thanks kak .. insyaallah kak .. t saya jenguk2 ..
Post a Comment