Monday 6 July 2015

Resepi Samosa Senang

Assalamualaikum..

Hamboiii asyik resepi je makcik ni kan .. haha.. biasa la tu.. bulan puasa kan.. mesti duk terbyang makanan je.. haha.. ni sebenarnya throwback puasa keberapa ntah.. sebelum atok ngan siti datang lagi.. saje buat samosa sebab ayah ania nak makan.. cari kat bazar xde jual la pulak yang panas2 tu.. yg dah siap goreng dia xnak.. confirm xsedap katanya.. tahun2 lepas ada je jual kat bazar ramadhan bukit indah tu.. tahun ni xde pulak.. yang tu sedap.. kalau pergi memang wajib beli..


Berbuka ni je.. kurma ayam dengan telur dadar.. Buah mata kucing tu dari pokok kat rumah atok.. khala mi ania bawakkan masa datang hari tu.. menu jumaat minggu lepas.. menu orang malas.. hehe.. inti samosa tu senang je nak buat.. ala2 inti karipap jugak.. aku buat inti daging..

Resepi Samosa Daging

Bahan-bahan

2 keping daging cincang
1 labu bawang besar
2 biji ubi kentang
2 helai daun kari (optional) 
3 sudu rempah kari
2 sudu lada kering kisar
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Garam dan gula
Daun ketumbar

Cara-cara
1) Ubi kentang potong kiub pastu rebus separuh masak
2) Tumbuk kasar bawang putih dan merah lepastu masukkan serbuk cari dan lada kering kisar..
3) Dah agak2 pecah minyak rempah tu masukkan daging cincang.. Masak sampai daging masak la kan.. hehe.. 
4) Masukkan bawang besar dan ubi kentang tadi.. kacau sebati.. kalau nampak kering sangat masukkan air sikit.. inti kena basah2 sikit baru best..
5) Perasa dengan garam dan gula pastu tabur daun ketumbar dan daun kari untuk lebih aroma.
6) Siapp dahh.. inti je baru.. haha

Pastu untuk kulit samosa pulak, guna kulit popia aku potong 3.. so samosa aku kecik comel je k.. lipat2 last sekali gam je dengan putih telur.. 

Cara nak lipat Samosa..
1) Potong 3 kulit popia
2) Masukkan inti dihujung kulit tu.. tutup kulit bentuk segitiga pastu lipat la.. aku buat 2 kali so kulit dia jadi 2 lapis.. faham ke idok ni.. kahkah.. kalau xfaham boleh google cara nak lipat samosa.. senang je dik..
3) Dah siap goreng sehingga kekuningan

letak inti kat hujung

pastu lipat 3 segi.. buat 2 kali untuk xnak inti terkeluar masa goreng nanti..

dah siap goreng tapi laki request xnak garing sangat..

Aku buat siap2 pastu simpan dalam peti.. senang nak makan terus goreng.. kalau nak simpan lama masuk la dalam freezer.. aku punya ada lagi 1 bekas tupperware aku simpan dalam freezer..  masa atok siti datang tu aku goreng jugak samosa ni.. siti cakap sedap.. rasa rempah dia tu.. kembang kempis idung makcik.. biaq pi la samosa je pun kan.. haha.. dah itu je.. selamat mencuba..

No comments: