Thursday 1 December 2011

Pil Perancang ..


Sebut saja pasal pil perancang pasti bermacam - macam persepsi masyarakat .. mungkin disebabkan oleh adab orang melayu tidak membicarakan dan tidak mengetengahkan perkara yang dianggap sensitif ini .. lebih-lebih lagi dikalangan wanita muda yang belum berkahwin .. Para ibu atau orang yang lebih tua tidak membicarakan soal seks atau berkaitan dengan hubungan suami isteri .. disebabkan itulah ramai wanita yang kurang pengetahuan dan malu untuk bertanya ..


Ramai yang tahu pil perancang adalah satu cara untuk merancang keluarga .. tapi ramai yang tak tahu sebenarnya pil perancang ni banyak kebaikannya pada wanita .. disebabkan tidak banyak informasi tentang pil perancang jadi ramai wanita yang tak tau kebaikan pil ini pada mereka ..


Memanglah pil ini adalah satu cara untuk merancang kehamilan .. tapi ramai yang takut untuk menggunakan pil ini .. banyak mitos yang mengatakan mengambil pil perancang meningkatkan risiko mendapat kanser pada wanita .. tapi menurut pakar pil ini sebenarnya dapat mengurangkan risiko pelbagai penyakit seperti sakit jantung dan semua jenis kanser ..


Percaya atau tak pil ini mampu meningkatkan kualiti hidup wanita kerana dengan perancangan keluarga yang efektif, kesihatan kita lebih baik, lebih bertenaga dan lebih banyak masa untuk diri sendiri .. antara kebaikan pil perancang saya listkan dibawah ..


  • Mengurangkan sakit segugut
  • Merawat jerawat dan kulit berminyak
  • Mengurangkan PMS - perasaan tidak selesa yang sebelum kedatangan haid seperti sakit buah dada, berat pada pelvis, kemurungan dan sebagainya.
  • Membuat kitar haid teratur dan berlaku setiap bulan dalam masa yang sama
  • Membantu mengurangkan aliran darah haid.
  • Mengurangkan ovarian cyst
  • Mengurangkan risiko barah ovari
  • Mengurangkan risiko barah rahim (endometrial cancer)
  • Mengelakkan sakit semasa ovulasi (mid-cycle pain)
  • Mengurangkan rembesan hormon lelaki (androgen) yang mengawal pertumbuhan bulu roma pada muka, perut, peha dan betis
  • Mengurangkan masalah bengkak dan ketulan bukan Kanser pada buah dada
  • Boleh mengawal kedatangan haid

Jadi pil perancang bukan sahaja dapat merancang keluarga malah mengubah hidup wanita menjadi lebih teratur dab baik .. ia bukan sahaja untuk kegunaan wanita yang sudah berkeluarga tapi gadis juga boleh mengambil pil ini mengikut nasihat doktor ..


Tapi sebelum membuat keputusan untuk mengambil pil ini adalah lebih baik kita mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu .. ini kerana terdapat pelbagai jenis pil dipasaran dan mempunyai kebaikan dan fungsi yang berlainan ..tanyakan pada yang pakar dan banyak buat research .. sekarang ni information dihujung jari saja kan .. jadi pilihan terletak ditangan anda .. buatlah yang terbaik untuk kehidupan dan kesejahteraan hidup kita .. sebagai wanita kita haruslah bijak membuat keputusan ..