Thursday, 27 November 2014

Kesayangan tak sihat

Assalamualikum..

Si kenit rania dah 2 hari xsihat.. ibu pun dah 2 hari jgk EL.. hari ni baru masuk office balik.. Alkisahnya macam ni.. start dari minggu lepas lg aku perasan.. balik dari nursery je rania xde suara.. macam serak2 basah gtu.. aku ada tanya ngan pengasuh dia tu.. dia cakap nia ok je.. xde la nangis sangat pun..

So hari isnin tu aku hantar nia g taska macam biasa la.. balik ptg tu nia xde suara lagi.. nak nangis pun xkluar suara.. aku dah xsedap hati. dah la susah nak tido skrg ni.. nak kena dodoi macam masa dalam pantang dulu lak.. so aku decice amik el selasa sebab nak pantau keadaan dia macam mana..

Duduk kat rumah ngan ok sikit.. suara dah makin elok.. aktif pun bukan main lagi xpadan ngan kecik.. pastu ptg aku ngan husband bawak nia g giant beli brg dapur sikit.. semua dah habis pulak.. masa keluar tu elok je xhujan.. masa nak balik tu la hujan.. kesian nia.. aku dah agak dah mesti demam punya..

So malam tu dia xlena tidur.. kejap2 jaga.. badan pun start panas dah.. bangun pagi tu terus merengek.. xleh tinggal kejap.. hidung pun dah berair dah.. aku nak g keje n hantar nia pegu taska macam xsampai hati la pulak.. so aku el lagi..

Seharian kat rumah panas badan dah hilang.. cuma selsema je ada lagi.. lau selsema memang kesian.. nak minum susu pun susah.. xselesa nak bernafas tu yang merengek je.. hari ni nia dah ok sikit.. selsema pun dah xteruk sangat.. tapi g hantar nursery pagi tadi nia nanges.. selalu dia ok je sengih2.. kalau dia xsihat memang dia xnak.. balik ptg tadi pun pengasuh ckp nia xnak duduk.. nak dukung je.. pastu xnak tido.. tido kejap je tghari..

Hai la anak.. dilemma ibu tau.. ikut hati dah lama ibu berenti keje dah.. duduk kt office pun hati xtenang je.. teringat2 kat anak.. buat apa.. minum susu ke x.. tidur ke x.. nanges ke x.. hmmm sindrom ibu2 berkerja kalih ya.. tsktskk

Monday, 24 November 2014

Pengalaman Bersalin Ceaser Part III

Assalamualaikum..

Hewwheww.. hari ni rasa ada semangat plak nak sambung cite.. semoga aku terus bersemangat macam ni la di masa depan.. kehkeh.. entah2 ada yg tertido jap lagi.. dah la xcukup tido nih.. ok sambung cite.. aku dah keluar bilik bedah around 3.30 pm.. masa tengah jahit tu aku ada la intai2 sikit.. ngeri ok.. nampak tangan doc duk tarik2 benang.. kat tangan penuh darah.. terus aku tutup mata xkuasa nak tengok.. perut kita ni kan 7 lapis, so lapisan yang dalam tu memang kena jahit.. lapisan luar tu je gam.. mmg orang panggil gam ke ahh?? entah la.. huhu..

Dah siap semua tu, dah cakap thank you kat semua, nurse pun tolak keluar.. keluar je pintu ramai la yang menunggu kat luar.. happy sangat tengok orang2 tersayang setia menunggu.. ehh macam dah cite keluar bilik bedah kan.. hahaha.. hentam saja lah labuuuuu..

Kat ward tu aku kena duduk bawah lampu kuning tu untuk kekalkan suhu badan.. husband datang sengih2 tanya dah tengok baby.. dah tengok tadi nurse tunjuk tapi kejap jelaa.. pastu nurse bawak baby untuk try nyusu and nurse ajar sekali cara nak bagi baby susu.. yelaa first time kan.. iols xreti.. baby pun masih xreti.. dia dah pandai hisap tapi gelojoh pastu marah2.. haha

welcome to the world baby !!





Masa ni memang xrasa sakit lagi.. ubat bius xhilang lagi.. memang xrasa kaki lagi.. petang tu baru lah mula rasa kaki.. dah boleh gerak2 kaki sikit.. doc cakap bila dah boleh bergerak dan bangun dari katil..dah boleh masuk bilik sendiri dah xyah duduk ward lagi.. so petang tu aku kuatkan semangat bangun.. nurse tolonglah ye.. anje angat ase.. haha.. sakittt tu memang sakit tapi tahan.. so malam tu boleh tido dalam bilik.. malam pertama, baby good sangat.. tido je xbangun xmerengek pun.. baby nak bagi ibu rehat la kan..

Hari kedua lepas bersalin dan hari ke empat kat hospital, mil n fil datang pagi tu aku blum mandi pun lagi.. mil la ambik kan aku air untuk basuh muka gosok gigi semua.. aku xlarat nak bangun.. sakit sangat.. nak duduk pun sakit.. ngiring memang xboleh laa.. pastu xleh batuk dan bersin.. kena tahan ok.. seksa ok nak kena tahan.. pagi tu aku siap mintak ubat tahan sakit dengan nurse..

Petang tu baru nurse datang buang drip untuk kencing.. haaa ni lagi haru.. ko pakai drip ni terus hilang upaya untuk tahan kencing.. bila rasa nak terkencing tu.. trus keluar dah xboleh tunggu2 dah.. lek je aku kencing atas katil dah la baru mandi ganti baju semua.. dah la nurse yang tolong pakaikan.. i is malu ok.. tebal je rasa muka kena panggil nurse lagi.. so kena belajar kencing dulu baru boleh keluar hospital..

Lepas maghrib doc datang check, bukak plaster kat luka tu.. doc cakap kalau dah boleh bangun sendiri pegi bilik air.. baru boleh balik rumah.. hemmm.. aku pun berlatih la bangun sendiri tanpa bantuan.. malam tu pulak si rania dah start buat perangai nangis nak dukung.. ibu nya ni nak bangun duduk pun susah nak oi.. so ayah rania la duk dukung dodoi dia.. kejung je aku tengok ayah nia dukung baby.. hahaha

Pagi esok nya tu aku kuatkan semangat, bangun sendiri, mandi tukar baju.. Alhamdulillah.. ibu kuat orang nya.. kahkah.. nak balik punya pasal kan.. 5 hari duk hospital.. phewww melambung lambung bil ngko.. doc datang check pagi tu, semua dah ok.. baby pun dah checkup, sihat alhamdulillah, xde kuning, dah suntik 3 serangkai, dan dah sunat sekali.. so tengahari dah boleh check out.. yeayyy


BERSAMBUNG


Thursday, 20 November 2014

Baby start solid food 5 bulan


Assalamualaikum..

Hari ni nak kongsi pasal baby solid food. YES baby hanya boleh makan after 6 month.. sebab ape, usus baby masih belum berfungsi dengan baik. Means usus baby masih xboleh nak hadam solid food lagi.. Tapi rania aku dah start bagi dia makan.. Sekarang ni rania lagi seminggu nak masuk 6 bulan.. aku dah bagi dia makan masuk 2 minggu..

Aku bagi dia makan awal bukanlah sebab aku xsayang anak.. sebab aku sayang la aku bagi.. Sebelum tu of course la aku wat research dulu.. bukan main suap je..sebab xde sangat info atau xde orang yang nak ngaku dah bagi makan anak awal sebab takut kena kondem dengan mommies2 out there xtau la kan.. haha.. so aku share.. ngeri gak baca mommies yang taksub sangat ni.. macam ni lah, semua orang sayang anak.. dah mengandung 40 minggu mau xsayang.. tapi cara kita berbeza.. xkan lah kita nak orang ikut cara kita pulak kan.. ehhh xboleh macam tu.. kena macam ni.. ehhh baby xleh makan tu.. kena masak sendiri.. malasss ke apeee.. haaaa kan..

So macam rania, aku bagi dia makan awal sebab masuk 4 bulan dan kurang minum susu kat nursery.. tapi masa tu aku masih boleh pejam mata la.. sebab ada hari dia minum habis ada tu xhabis.. aku setiap hari bagi 3 botol 3oz setiap satu.. So means 9oz.. kalau sebelum tu memang selalu habis la.. lepas tu ada baki 1 botol.. then 2 botol pulak.. dia minum 3oz je.. makin lama makin sikit minum.. mau aku xrisau.. dari aku bagi 3 botol aku bagi 2 je.. tu pun xhabis.. kadang2 xterusik pun 1 botol tu.. pastu yang dah minum pulak ada baki 1oz.. so dia minum 2oz je.. 2oz jeeeeee seharian aku hantar kat nursery dari pukul 8 sampai 5.30 petang.. 2oz jeee.. sobsss.. sedih mak kau.. hati xtenang je tiap hari tahu..

credit fb doc hana

Kalau tengok kat chart tu.. bukan nagis je dah meraung ibu tau.. 24-30oz setiap hari.. tu termasuk malam la kan.. siang je mungkin 15oz.. beza sangat kot.. Bila dah umur 5 bulan pun masih sama macam tu jugak.. balik rumah je memang dia minum gila2 punya macam kelaparan la.. mau xlapar kan.. kesian la hai anak.. aku pun memang balik rumah perkara pertama buat bagi dia minum susu.. kalau nak kata dia xnak minum botol.. sebelum ni elok je minum.. kenapa dah makin besar macam tu lak.. ke dia dah makin pandai.. dah pandai memilih.. nak direct bf je.. -____- berat pun xnaik banyak.. 5 bulan 6.65 kg.. masa umur 3 bulan 5.8 kg.. masa 4 bulan xtimbang. so dalam masa 2 bulan tu hanya naik 0.85 kg je.. xsampai 1 kg..

Aku decide nak bagi makan tu bila dia dah tunjuk yang dia nak makan.. aku tengah makan roti bising je mulut dia.. siap rampas roti kat tangan aku masuk mulut dia.. pastu dia isap2 roti tu.. bila aku rampas balik terus nangis2.. aku bagitau MIL then MIL cakap try la bagi dia makan.. dah 5 bulan lebih xpe dah nak bagi makan.. zaman kita dulu 5 bulan tu ape pun dah telan kan.. huhu.. kebetulan kakak ipar aku ada tinggalkan biskut baby.. biskut beras tu.. aku try la patahkan sikit bagi dia.. amboi kau.. pandai pulak dia makan.. so dia memang dah bersedia nak makan..



senyum je dia makan.. bila aku ambik balik terus marah nangis2.. tapi lepas tu aku xstart bagi lagi.. risau gak kan.. so aku banyakkan research lagi.. tanya mak aku tanya MIL.. pastu aku jumpa satu artikel tu.. baby dah start boleh makan selepas 20 minggu.. means 4 bulan.. so aku lega sikit.. hari minggu tu aku try beli buah buat puree.. try dulu kalau dia xnak jangan paksa.. masa bagi tu dia makan sikit je.. mungkin sebab aku bagi puree apple je xcampur susu.. hari kedua baru aku campur susu.. dia makan habis 1 cube.. masa ni umur rania 5 bulan 1 minggu 4 hari.. satu jelaa kalau nak bagi anak makan jangan paksa..

So start aku bagi 1 cube bekal pergi taska dengan 2 botol susu 3oz setiap 1.. susu masih sama la jarang sangat habis.. mesti ada baki 1oz macam tu.. bagi aku kita sebagai ibu ni kena bijak la buat keputusan untuk anak.. jangan ikut orang.. orang buat macam tu kita pun ikut je.. ni dah nak masuk 2 minggu rania makan.. setakat ni aku bagi dia makan puree yang aku masak sendiri.. sekali lagi ni pilihan masing2 la.. nak masak sendiri atau nak bagi nestum je.. kena bijak memilih lah ya mommies.. 

Rania first week food chart.. yang atas tu baby center chart yang bawah aku bagi rania makan.. cheat 1 day sebenarnya ni.. rania start makan saturday 09/11 tapi dia makan sikit je.. aku xcampur susu dia macam pelik sikit.. hehe..  harap2 berat nia naik la lepas ni.. kesian anak ibu iteeww..

Wednesday, 19 November 2014

Positive Energy


Assalamualaikum..

Hi lahh hari ni aku sangat la lemau dan mood kelaut.. rasa macam nak duduk menung je sepanjang hari.. boleh camtu.. hehe.. macam mana nak up kan sikit mood yang lari ehh.. nak stay positive xnak negative thinking.. no no.. xelok macam tu.. nanti cepat tua..

Tapi biasala kan.. kalau dah letih memang macam tu.. fikir macam2.. rasa x disayangi.. pastu fikir banyak nya kerja rumah xsettle, kerja kat office pun melambak.. pun sempat update blog.. badan letih tapi otak xleh nak rest tu yang sakit hati makan dalam.. ye ehh.. best nya kalau dapat holiday sehari pun cukup la.. xyah fikir pasal kerja xyah fikir pasal nak masak ape, rumah bersepah baju bertimbun belum lipat yang nak tunggu turn basuh lagi.. argggghhh lagi stress aku.. kalau list kan kerja memang xkan habis sampai kiamat.. lol.. 

Mungkin tengok muka baby mood ceria datang.. tadi masa nak hantar g school (taska) rania diam je layan perasaan.. dah ngantuk sangat la tu.. tapi bila panggil nama dia terus sengih2 gedik dia tu.. alahai la anak terubat sikit hati ibu yang duka lara ni.. ibu miss u so much lah anak..




Friday, 14 November 2014

Pengalaman Bersalin Ceaser Part II

Assalamualaikum

Pagi 28/05/2014 aku bangun awal, mandi lepas tu sembahyang subuh.. mak dengan ayah mertua pun datang awal pagi tu.. sebab ikut kata doc nak masuk bilik bedah pukul 10.. rumah mak aku n rumah mak mertua aku tu xjauh pun dari an-nisa.. kira an-nisa ni kat tengah2.. senang both family nak datang melawat.. pagi tu akusempat lagi request nak makan bubur mc d.. tp belum sempat makan doc datang bagitau kena puasa 6 jam sebelum operate.. keciwaa.. tapi sempat makan sikit.. so aku start puasa pukul 8 pagi..

Pukul 9 tu aku dah ditolak masuk ke ward biasa, pergi sana untuk persediaan sebelum masak bilik bedah.. mula2 sekali bercukup.. phewww.. maluu i.. nurse yang akan tolong cukurkan ok.. rasa tebal gak la muka ni.. haha.. lepas tu cucuk drip kat tangan untuk masuk air nanti.. masa mula2 cucuk drip tu boleh pulak tersekat kat tengah jalan.. so kena cari urat lain.. nurse tu boleh plak tinggalkan jarum macam tu je sementara dia dia cucuk kat tempat baru.. ingat aku xsakit ape.. lebam ok tempat yg cucuk xjadi tu..

Dah siap sedia dah nurse bagitau postpone pulak.. doc bius xde.. kena tunggu doc bius datang pukul 2.. aduhai.. dah jadi susah nak bergerak. both family dah berkumpul dari awal pagi lagi.. nasib rumah dekat je.. tunggu la dengan berdebar.. dah masuk pukul 2 aku dah resah .. takut macam2 la.. pukul 2.30 baru aku ditolak masuk bilik bedah.. masa ni aku rasa cam dalam drama.. kena tolak family jalan ikut kiri kanan.. hehe..

Dah masuk bilik bedah tu ternampak la alat2 gunting pisau sudu garfu semua tu..-____- lagi la ku seriau.. terus buat2 xnampak.. buka mata kecik2 je.. aku bius half sebab keadaan aku xkritikal.. so aku boleh nampak semua process.. memang la diorng tutup kat atas dada aku tu, tapi still boleh nampak doc dan keadaan sekeliling.. masa ni aku xputus2 baca ayat2 kat bawah tu.. pastu mengucap 2 kalimah syahadah.. sekali je masa kita masih sedar..






Memang aku baca je ulang2.. bius kat tulang belakang kat area pinggang tu.. mula2 akan rasa terkejut macam tu.. doc pun dah pesan releks jangan terkejut.. pegang tangan nurse kuat2.. aku siap peluk lagi lengan nurse tu.. lepas tu doc tanya rasa x kaki.. aku cakap x..dah boleh start..  masa doc toreh perut tu rasa macam dia sentuh je.. pastu rasa la macam bergerak2 perut macam bergelombang gtu..

Masa doc dah nak seluk keluarkan baby, dia datang bisik dulu.. doc dah nak keluarkan baby ni ya.. aku angguk, tepat pukul 3 baby keluar.. aku sempat la tengok jam kat dinding.. Rania keluar xnangis pun.. doc bagi kat nurse, bawak lap bungkus dengan kain.. masa tu baru dengar dia nangis.. tu pun slow je suara dia..  lepas tu baru bawak bagi aku tengok.. bagi aku tengok muka baby dan jantina baby.. aku senyum je tengok.. xtau ape perasaan aku.. xleh nak gambarkan macam mana..  tapi rasa lega sangat.. syukur Alhamdulillah..

Lepas tunjuk kat aku, baby terus bawak keluar.. Bawak pergi nursery.. Aku plak pukul 3.30 baru siap jahit etc tu.. Baru kena tolak masak dalam ward.. x terus masuk dalam bilik aku.. masuk ward biasa dulu sebab senang nurse nak monitor.. masa keluar tu tengok muka suami mak ayah semua senyum gembira je.. pastu cakap baby comei putih.. hihi.. seronok.. Alhamdulillah..

BERSAMBUNG

Thursday, 13 November 2014

Pengalaman Bersalin Ceaser

Assalamualaikum

Xtau mana nak mula, jadi aku cite dari awal lah.. Aku amik cuti awal 2 minggu dari due.. konon la kot2 terberanak awal.. hewheww.. due date aku 24/05/2014. Rania lahir 28/05/2014.. tension mak tau menunggu.. aku start cuti tu terus balik kb.. memang salah satu sebab amik cuti awal pun sebab memang rancang nak bersalin kat kampung.. aku expect beranak awal sebab banyak kes kawan2 dan keluarga aku yang anak first memang awal dari due date.. rupanya meleset sama sekali.. rania suka sangat duk dalam perut ibu.. pffffttttt

Ok, selama 2 minggu aku kt kb memang xde rasa sakit contraction. lau ada pun sikit2 je.. main2 jelaa.. tapi masa 22/05 tu aku perasan seluar aku basah.. aku xde rasa keluar air ke ape.. kencing dalam seluar memang x la kan.. so aku memang yakin tu air ketuban.. esoknya aku g check doc cakap xde ape2, memang dah sampai masa lau sakit je dah boleh bersalin.. so aku balik la dengan hampa. hampa la aku eksaited ingatkan dah boleh tengok baby.. lagipun kesian kat ayah rania yang ulang alik dari kl-kb.. aku lak xberanak lagi..

Lepas tu memang xde rasa sakit, tetap boleh tido dengan tenang.. kalau sakit pun kejap je.. sejam dua trus hilang.. sampai la dah lepas due.. so aku bincang ngan suami n mak mertua g check lagi.. pagi2 25/05 tu aku ngan suami trus pegi Pusat Perubatan An-Nisa.. hospital ni memang private hospital bersalin yang menjadi pilihan la lau kat Kelantan.. memang selalu penuh.. nak beranak pun kena ikut turn dik .. so doc scan pagi tu baby dah turun kebawah and air ketuban dah kurang.. terus doc check bukaan.. doc tanya xde rasa sankit ke? dah ada bukaan 1 cm.. trus gembira dan teruja.. yelaa 2 minggu kot tunggu.. tapi kan aku memang xde rasa sakit..

Dah masuk ward tu, dalam pukul 10 doc datang masukkan ubat induce.. kesan ubat 6 jam baru rasa.. tapi aku rasa dalam sejam tu dah rasa.. emmm memang sakit.. bila dah xtahan sangat suami panggil doc check bukaan masih 1 cm.. doc cakap xpa jangan stress mungkin malam ni baby keluar.. so aku pun chill jelaa kan.. sabar menunggu.. tapi malam tu aku tidur dengan lena sekali.. -____-

So pagi2 26/05 tu doc datang check bukaan tetap 1 cm.. lagi sekali masukkan ubat induce.. kali ni memang sakit sangat-sangat.. aku tahan je xnak panggil doc.. dah petang tu sakit sangat xtahan panggil jugak.. check bukaan tetap 1 cm jugak.. terus aku nangis .. xtahan sakit sangat.. sikit je lagi aku nak tendang doc.. huhu.. bila dah macam tu doc tnya nak induce lagi x.. lau nak pagi esok boleh buat lagi sekali.. tapi aku xnak.. mak mertua aku pun ckp xpe kalau xnak induce, ceaser jelaa.. takut induce lagi sekali pun sama je.. so doc cakap esok ceaser malam ni rehat dulu..

Masa aku pregnant tu aku memang xde ape2 masalah.. tukang urut pun cakap ok InsyaAllah senang nak beranak.. bidan kan dia tengok perut n pegang2 pun dia dah tau dah.. ikut pengalaman dia la kan.. tapi dah memang aku ditakdirkan xboleh beranak normal.. so sape lah kita ni nak menolak takdir kan.. aku redha je.. takut tu memang la takut.. first time plak tu.. Malam tu tido lena jugak la walaupun berdebar n mlm tu aku langsung xde rasa sakit.. family semua dah risau 2 hari masuk ward tapi still baby xnak keluar..

Macam dah panjang sangat dah entry ni.. BERSAMBUNG next entry.. :D

PART II
PART III

Wednesday, 12 November 2014

My Baby Girl

Assalamualaikum,

Alhamdulilillah, baby girl ibu dah pun 5 bulan. Kejap je dah 5 bulan. X perasan bila masa anak ibu ni dah besar.. haha.. Ape perasaan dah ada anak?? mesti la seronok bahagia indah semuanya lah.. tapi jangan ingat ada baby ni best je.. dapat baby pun satu dugaan jugak. Macam mana sabar nak layan kerenah anak, nak bahagi masa untuk anak suami keje n keje rumah lagi.. haa bukan senang ok.. kena full komitmen.

Entry ni just nak perkenalkan baby girl jantung hati ibu dulu. InsyaAllah kat sini aku share pengalaman sepanjang megandung, bersalin dan jaga baby. Banyak benda nak share ni.. Lau ada masa aku share.. Aku pun busy je memanjang.. Ni pun kat office masuk awal boleh la update kejap.. lau kat rumah harom laa.. nak bukak fb n instagram pun susah.. sedihhhh




Hi.. Nama saya Aleesa Rania.. Ibu panggil saya ania, sayang, adik, manja semua ibu panggil.. haha.. rindulahh die tuuuu.. muahh ciked..

Sekian..