Showing posts with label Ilmiah. Show all posts
Showing posts with label Ilmiah. Show all posts

Thursday, 5 April 2012

Erti Cinta dan Perkahwinan ..



Saje nak share cite ni .. dapat dari www.maskahwin.com .. Abang tu hantar email kat i tau .. haha .. takde nya .. sebenarnya sapa pernah mintak sample Buku bertajuk "Maskahwin Yang Hilang" minggu lepas .. saje je gedik tak ade kerja .. google pastu jumpa buku tu .. tapi tak beli pon .. :)




okayy .. cite dia macam ni .. 


|
|
|
|
|
|
|
|
|
 \/


Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya... 



pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...? 



guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya. 



gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...


dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...? 



guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan. 



pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....? 



pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...


maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan....... 



tamat.... 




================================================================================================





Kesimpulan cite ni kita janganlah terlalu memilih .. terimalah pasangan kita seadanya .. kalau kena cara dan jalan yang betul Insyaallah .. apa kekurangan atau keburukan .. boleh ditambah atau dibaiki .. kita manusia memang tak sempurna .. tapi kita boleh berusaha dan berdoa .. semoga kita dapat yang terbaik dan jadi yang terbaik buat pasangan .. bukan pasangan kita je perlu terbaik .. tapi diri kita sendiri jugak .. lengkapkan diri dengan ilmu untuk jadi isteri dan jugak ibu .. last sekali nak share ni .. kata-kata dari Ustad Azhar Idrus ..







p/s: Nikah awal adalah terbaik .. :)

Monday, 4 July 2011

Cantik tapi plastik ..


Assalamualaikum ..

Hye .. hari ni saya nak cakap pasal cantik .. semua orang nak cantik .. wa lau dah cantik nak lagi cantik .. memang manusia xpenah pwas .. macam retis la kan .. sekarang ni susah nak tau .. die tu natural beauty ke x ..

Those with plastic surgery ni memang xkan pwas .. selagi boleh nak je ubah .. hmm .. xfaham betul laa .. lau kat M'sia ni jarang la kan .. tapi bukan xde .. tibe2 hidung dari jambu nampak mancung jee .. walaupun cover nak kata teknik solekan tapi xkan la kan .. kite ni xde la bodoh piang sangat kan ..

saya amik contoh Megan fox la .. bagi saya die ni memang cantik .. muka lawa body lawa .. tapi kesian .. sebab dah obsess dengan kecantikan dah jadi xcantik .. 

nampak x perbezaan .. langsung jadi xcantik ..
die ni memang dah cantik pun ..
sorang lagi yang boleh dikatakan obsess dengan kecantikan Kim Kardashian .. lepas satu , satu die ubah .. makin orang puji cantik makin la nak nampak bertambah cantik .. pelik betul kan ..





sungguh xori diorang ni .. semua part nak ubah .. tapi selain artis Hollywood artis korea pun memang terkenal dengan plastic surgery ni .. benda ni macam perkara biase je kat sana .. patut la kan retis2 korea ni semua nya kiut miut je .. yelaa dah ubah sana sini ..


minat kot ngan kim ah jong ni ..
xnampak cam die langsung kan ..
gu jun pyo ..
comel je kan dari kecik ..

Sunday, 5 June 2011

Program Keterampilan Graduan Anjuran MARA






Saya telah menjalani Bengkel Komunikasi dan Pameran Kerjaya semasa Program Keterampilan Graduan anjuran MARA di GMI pada 01-03 Jun baru-baru ini .. Program ni anjuran MARA sepenuhnya yang telah dibuat di kolej saya selama 3 hari .. Antara kolej tajaan MARA yang turut serta adalah KPTM Bangi, MSU, Saito Kolej dan kolej saya sendiri ..

Program yang bermula pada pukul 8.00 pagi Rabu 01/06 .. Majlis bermula dengan sesi pendaftaran peserta dan juga guru pengiring .. Selepas sesi pendaftaran semua peserta dan juga guru pengiring bersarapan pagi  .. Makanan kami selama 3 hari di bengkel ini disediakan sepenuhnya oleh pihak MARA ..

semasa sesi pendaftaran ..

Selepas sarapan kami diberikan taklimat mengenai program ini oleh pihak MARA di dewan GMI .. Selepas itu kami diperkenalkan dengan consultant yang akan membimbing kami selama 3 hari ni .. Kami telah dipecahkan kepada 10 kumpulan .. Setiap kumpulan akan diketuai oleh seorang consultant yang akan membimbing kami .. Saya telah diserapkan dibawah bimbingan Puan Suhaina .. Selepas itu kami semua bergerak ke kelas untuk memulakan bengkel ..

sempat lagi bergambar sebelum majlis bermula .. :))
bersama housemate yg turut serta bengkel kerjaya ni .. 

Perkara yang mula2 saya diajar ialah Introduction to The Importance of Effective Communication @ Work .. kami diajar tentang communication style, communication roadblock dan juga communication skill and techniques .. Kami diberikan waktu untuk minum pagi selama 15 minit dan sambung semula bengkel sehingga pukul 1 tgh hari .. kami diberikan rehat selama sejam untuk solat dan makan selepas itu begkel bersambung semula sehingga pukul 5 ptg ..


Sesi malam bermula pada pukul 8.30 malam .. Kami belajar tentang Communication report and creating relationship sehingga pukul 10.30 malam .. apa yang menarik ialah sesi bengkel ni xpernah jemu kerana consultant yang membimbing kami sangat berpengalaman jadi sesi pembelajaran sangat menarik ..


Hari kedua diteruskan dengan recap and creating impact through presentations .. kami diberi tips dan teknik untuk membuat presentation yang menarik .. Kami juga diajar develop presence dengan mengunakan suara, eye contact, gestures atau pun gerak badan dan juga attitute .. selain tu kami juga ditekankan mengenai imej dan juga penampilan diri .. bengkel ini adalah bertujuan untuk melatih peserta dan memberi persediaan untuk ke melangkah ke alam pekerjaan .. 


Selain itu kami juga diajar cara untuk membuat resume dan juga cover letter dengan betul .. selain penampilan dan juga komunikasi .. resume adalah sangat penting dalam presenting diri kita buat kali pertama pada majikan .. jika cara kita menulis tidak betul peluang untuk dipanggil untuk temuduga adalah minima .. 


Hari ketiga diteruskan dengan sesi temuduga terbuka oleh company2 yang mengambil bahagian .. temuduga terbuka bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari .. Majlis penutup bermula pukul 2.30 ptg dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Pengarah Hal Ehwal Korporat MARA iaitu YBrs.Puan Hasni binti Suleiman .. majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada para peserta bengkel ..

bergambar kenangan dengan puan suhana yang bertudung coklat ..

banyak yang saya belajar dari bengkel ni .. terutamanya tentang communication .. cara kita bercakap , guna tone suara yang betul dan juga cara untuk handle situasi yang xdiduga .. contohnya berdepan dengan rakan sekerja yang mempunyai masalah atitute .. sebelum ni saya selalu cepat marah dan susah untuk control perasaan marah tu .. dari bengkel ni saya belajar bagaimana untuk bertindak dalam situasi macam ni .. walaupun saya sekarang sibuk dengan proposal untuk final project .. tapi berbaloi bagi saya meluangkan masa selama 3 hari untuk bengkel ni .. 


Saturday, 16 April 2011

Nikah Khitbah tiket utk Ber Couple ..







Dalam adat Melayu perkahwinan dimulai dengan pertunangan sedangkan mengikut cara yang diamalkan dalam masyarakat dulu iaitu nikah gantung adalah lebih menepati maksud khitbah dalam Islam bukannya bertunang. Ada orang yang menyamakan khitbah dalam Islam sebagai pertunangan adalah tidak tepat. Akibat dari cara khitbah yang salah telah menjadikan pertunangan sebagai asas untuk menghalalkan “coupling” (dulu disebut berdua-duaan atau merendek) antara lelaki dan wanita.


Ada yang memberi alasan untuk ber’couple’ dulu atau bertunang dulu untuk kenal mengenali satu sama lain sedangkan hubungan perkahwinan bukan isu hukum “cuba-cuba” atau “trial and error”. Ia adalah satu amanah dalam Islam. Ramai di kalangan remaja pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”. Ada yang berkata, “Bertunang boleh kenal hati budi, kalau tak sesuai boleh putuskan tapi kalau dah kahwin susahlah, nak bercerai malu!”

 

Isunya: Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, couplelah, tapi kena dengan cara yang halal, iaitu bernikah!.



Apabila persoalan nikah ini diutarakan, ramai yang akan memberikan respon yang skeptik. “Saya belum bekerja!”, “Saya masih belajar!”, “Mana nak cari duit buat belanja kahwin?”, “Ni bukan main-main, nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak Ayah tak bagi!”, “Nak tinggal kat mana? Sapa yang nak bayar sewa rumah” dan 1001 alasan lagi. Kenapa mereka boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja, “Kamu wajib berkhitbah!”.



Khitbah


Secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak. Lebih menyedihkan ada yang bertunang kemudian ber’coupling’ berakhir dengan keterlanjuran, kemudian putus dengan pelbagai alasan.


Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung” (bunyinya amat mengerikan?).


Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan pemuda pemudi kita hatta yang janda, duda atau yang nak berpoligami serta yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.


Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja. Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa tidak akan bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu. Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kerosakan moral telah menggila. Lihatlah apa yang berlaku di seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh media massa mengenai aktiviti pengguguran cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus ke arah maksiat dan nafsu.



Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini. Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu. Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.



Saya sedang berusaha untuk menghidupkan kembali ‘nikah gantung’ ini dengan panggilan baru iaitu ‘nikah khitbah’, walaupun menghadapi sedikit masalah penerimaan. Ia semata-mata bertujuan untuk mengelakkan perkara maksiat yang boleh berlaku seperti berhubungan melalui telefon (melepas rindu dendam melalui telefon, sms, chatting, facebook, dll), bertemu antara pasangan walaupun ada mahram (tetap akan berlaku bertentang mata dan apa sahaja yang boleh menjadi muqaddimah kepada zina mata, tangan, hati dll.) Saya sendiri bernikah gantung (nikah khitbah) pada 7/7/1979 iaitu 6 bulan sebelum majlis kenduri. Dengan tiket nikah saya tiada masalah untuk menemui isteri atau keluar bersama-sama (ber’couple’) kerana dah disahkan sebagai suami isteri (gantung – sebab tidak duduk serumah) yg lebih menepati khitbah secara Islam. Malah dengan tiket nikah itu membuatkan saya merasai beban amanah sebagai suami meskipun kami tidak serumah sementara menunggu majlis kenduri pada bulan Disember 1979. Saya mahu menjadi ibubapa yg awal pada zaman moden yang penuh kecelaruan dengan menjadikan nikah khitbah dipraktikkan oleh anak-anak saya yang belum berkahwin, insyaAllah doakan!!


Artikel oleh: Ustaz Hashim Al-Maranji

Thursday, 14 April 2011

Masakan terEnak n terBaik di dunia !


Hi .. gud morning .. pagi ni saya nak wat entry pasal makanan pulak .. semua org suka makan kan .. hehe .. saya pagi2 dah pekena nasik lemak ayam rendang .. pergghh .. sodappp .. :))



ni saya nak cite pasal cara masakan terbaik dunia .. kira smua org suka makan laa .. kan kalau tgk muvie je ala2 terliur gitu tgk diorang makan .. hehe .. mcm drama korea .. tgk diorg makan ramen pun nmpk sodapp .. padahal meggie je pun .. huhu ..


ni anatara masakan dari negara yg paling tersohor la kan .. boleh la utk dicuba lunch japgi .. 


1. French Cuisine



paling tersohor lah masakan ala2 french n italy nih kan .. bnyk restoran antarabangsa yg menyediakan masakan ni .. makanan xde la bnyk mane pun .. tp harga .. ehem2 .. pikir2 la sdiri .. :)) 



2. Italian Cuisine

  

kan awok dah ckp tdi masakan italy ni mmg tersohor .. tekak org kita pun dah biasa makan masakan italy nih .. pasta, spaghetti dan ade jugak hidangan nasik .. masakan italy nih masakan yg paling tua di dunia .. diorng pun guna rempah ratus gak dlm masakan dorng .. cam masakan org india ..



3. Chinese Cuisine 



masakan cina ni yg paling senang nk buat n senang nk dapat .. errkk .. betul ke ?? tp nampk sedap la kan .. lagi2 kalau cite stephen chow yg raja masak tu .. makanan die simple je .. satu mangkuk nasik ada telur mata sebijik n beberapa hiris daging, n beberapa helai sayur .. perghh tgk trus rasa lapar .. xcaya korng g laa tgk cite tu .. haha



4. Indian Cuisine 




masakan india pun xkurang hebat gak .. mmg tersohor pun .. kan bnyk kedai2 makan kat negara kite ni .. masakan india biasanya pedas .. kedai mamak masakan istimewa diorng mesti kambing ..




5. Thai Cuisine




masakan thai mmg sedap .. xleh nk kira kedai2 masakan ala thai ni kat negara kite .. rata2 org suka lah makan makanan ala thai .. lagi2 tomyam diorg .. mmg terangkat .. kalau sebut kdai masakan thai kite mesti dah terbayang masakn dorng mesti pedas kan .. =.=



6. Korean Cuisine



haaa .. korang tengok laa makanan dorg .. penuh satu meja .. mmg budaya diorng makan mcm ni kan .. hasil dari tgk cite korea .. kalau tgk bnyk sayur sayuran kan .. ada sup, kimchi ni harus ada .. xleh tnggl punya .. sedap jugak kimchi ni .. lau korang nk rasa pegi la mid valley .. ats kat food court tu ada satu kedai masakan korea .. 



7. Japanese Cuisine




makanan jepun ni yg special nye mereka menggunakan bahan2 yg segar .. yg paling femes nye shushi la kan .. tgk bahan2 die .. sari ikan sampailah sayur .. smuanya segar .. tp saya xsuka makan shushi ni .. lau yg sayur xpe laa .. lau yg ikan tu mcm susah sket laa nk menelannya .. :)



8 . Malaysian Cuisine



masakan malaysian ni xkurang hebatnya .. cuma x di expose kat negara luar jee .. hnya kite je yg tahu betapa sedapnye masakan malaysia .. start ngan nasik lemak, char kuew teaw, satey, nasik kerabu n macam2 lagi lah .. makan masakan luar mmg sedapkan tp tekak kite nk mesti nak jugak makan masak lemak cili padi x pun asam pedas .. 


9 . Spanish Cuisine



xtau la ape yg istimewa sngt ngan masakan spanish ni .. mungkin kat negara kite xfemes sngt kot .. kat luar laa .. hidanagn diorng berasaskan roti, sayur sayuran n keju .. 



10 . Lebanon Cuisine




disebabkan kebanjiran org2 dari timur tengah kat negara kite ni .. restoren2 masakan ala timur tengah ni pun dah bnyk daa kan .. masakan diorg pun sedap laa .. bnyak menggunakan rempah .. time raya kan ade sesetengah org wat hidangan nasik arab .. restoren yang menyediakan hidangan nasik arab pun dah bnyk kat malaysia tercinta nih ..lau korang nk try benda yg lain plak la kan dari nasik .. boleh makan kebab, atau  begedil daging dengan roti panggang .. makanan diorng ni kebanyakan nya dipanggang .. bagus la kan .. kurang lemak sket .. hehe




p/s : ni saya ambik mmg dari top ten punya most tasty food in the world .. tp saya ubah ikut selera saya laaa .. hahaha





 

Wednesday, 13 April 2011

Asal usul gelaran

Asal usul gelaran mcm Raja, Tengku, Ungku, Wan, Nik, Dayang n mcm2 lagi nih .. korang tau x dtg dari mane? camne boleh start ade gelaran bagai nih .. Saya pun tau benda ni dari hasil penbacaan jugak .. xtau la betul ke idak .. just nk share n boleh kongsi pendapat .. mugkin korang lagi tau pasal ni ..


Y.a.m Sultan Kelantan Tengku Faris Petra ..



Raja
Gelaran Raja cuma digunakan di Perak dan Selangor sahaja .. tapi yang kekal guna gelaran Raja sampai ke hari ni cuma di Perak sahaja .. Mengikut sejarah keturunan raja Perak berasal dari Sang Sapurba yg berketurunan Iskandar Zulkainain .. mereka yg berketurunan Raja ni adalah waris keturunan kesultanan melayu Melaka ..


Tengku
Gelaran Tengku digunakan di Kelantan, Pahang, Terengganu dan juga Selangor .. Raja pahang adalah dari keturunan Sultan Mansur Shah yg pada mula nya menggunakan gelaran Raja (sebab waris Kesultanan Melaka) dan berubah apabila keturunan Bendahara Dynasti mula menjadi sultan di pahang .. Sultan kelantan sekarang adalah dari keturunan Long Yusuff .. Beliau diiktiraf menjadi Sultan Kelantan dan menggunakan gelaran Long, Engku sampailah menjadi Tengku sampai sekarang ..


Dayang
Gelaran Dayang ni Charles Brooke yg letak kat anak2 perempuan dia kat Sarawak dulu .. sampailah cucu2 perempuan dia mesti ada Dayang kat depan ..


Megat dan Puteri
Sejarah dulu2 gelaran Megat (untuk anak lelaki) and Puteri (untuk anak perempuan) adalah nama gelaran untuk anak anak luar nikah Sultan Melaka dan Sultan Perak dengan gundik. Tapi ni dulu punye cerita lah ..  zaman sekarang kebiasaan nya orang letak nama gelaran Megat and Puteri ni untuk perempuan keturunan Raja yang kawin dengan orang kebanyakan .. Mak keturunan Raja and bapak orang biasa so anak anak dia letak Megat and Puteri .. Tapi tak semua buat benda ni mcm anak anak Raja Azureen Sultan Azlan tak letak pun Megat or Puteri kat anak anak dia ..


Nik
asal nama gelaran NIK ni dari Puteri Saadong, Raja tak ada anak. Then ambil lah anak angkat. Sorang anak angkat dia dari buluh betung and satu lagi anak dia dapat dari mulut satu ikan kekacang .. So, mereka guna kan lah nama gelaran NIK untuk beza kan dengan anak anak lain yang keturunan Raja betul .. Tak tau lah betul ke kisah ni .. Sampai skrg siapa keturunan NIK tak boleh makan rebung and ikan kekacang tu .. Keturunan mak saya pun pantang dgn benda ni .. still jadi lagi .. sentuh pun xboleh apatah lgi makan .. sbb penah jadi sedara langgar pantang siang ikan kekacang ni tgn jadi membengkak n gatal2 ..


p/s : apepun saya mintk maaf lau ape yg saya tulis ni xbetul n saya minta perbetulkan .. sama2 lah kita belajar pasal sejarah ni kan .. :))

Monday, 11 April 2011

Rawatan selulit membawa maut !


menakutkan !! tgh bekfes tdi baca kosmo .. terkejut gle baca satu brita ni .. 2 wanita berdepan maut selepas suntik ubat rawatan selulit .. xsangka benda ni terjadi gak kat malaysia .. saya penah tgk video kat youtube pasal benda ni .. tp kejadian kat jepun .. video pompuan jepun yg saya tgk tu tunjuk real punya .. saya tgk sambil pejam mata .. +.+
 


gejala yg dialami sama jee .. gatal2 smpai mgakibatkn luka yg susah nk sembuh .. menurut kosmo gejala tersebut disebabkan oleh bakteria mycobacterium ablessum yg boleh m'bawa maut .. bakteria ni myebabkan sel kulit mati dan jika lmbt buat rawatan mmg boleh myebabkan maut .. sbb luka tu akan berair, bernanah n berlubang .. haaa ngeri xngeri ..


nk cantik punya pasal sakit jadinya .. mintak jauh la .. magsa tu pun bukan gemuk pun .. berat badan dia 47 kg jee .. sama mcm saya .. tu pun nk suntik ubat bagai .. dah la mahal kot ubat tu .. Rm50,000 .. pastu rawatan lagi .. mmg org kaya kot die ni ..



hmm ..kenapalah ubat2 mcm ni boleh lepas plak kat malaysian nih .. org kita dah la senang sngt terpengaruh dngn benda2 utk kecantikan ni .. nak cantik boleh tp secara sihat la kan .. nasihat saya jgn mudah sgt terpedaya dngn ubat2 klinikal camni .. bnyk keburukan dari kebaikan .. baik lah buat senaman n amalkan makanan yg sihat ..





Friday, 8 April 2011

Petanda dia adalah jodoh kamu..

model saya hari ni .. hahaha

Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya.
Benarkah seperti itu?

Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!


Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!


Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu...


Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.


Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...


Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..


Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama
dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!


Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan
sejati telah kamu temukan!


p/s: haaaa .. mcm mane ade x tanda2 mcm kat ats tu .. kalau xde jngn sedih pulak .. just for fun .. hehe .. anyway ni copy paste dari facebook jer .. :D

Wednesday, 30 March 2011

anak angkat vs anak haram ..

tgh duk layan fb ptg2 camne adela sorang kawan saya post pasal anak angkat ataupun anak haram .. kenapa xboleh bin kan atau binti kan pada bapak angkat tu .. mmg hot la ann topic ni .. paanaazzz ..



ape yang saya tau la kan .. mmg hukum xboleh bin kan selain dari bapak kandung .. mengikut ustad saya la kan .. wanita hamil luar nikah xboleh kawin .. walaupun dengan pasangan yang buat dia hamil tu .. 



ade stngah plak ckp boleh kawin tp xafdal .. then anak yg dikandung tu boleh dibin kan bapanya sekiranya belum cukup 3 bulan .. hmm xtau laa .. kna tnya yg lebih berilmu n tau ..


ustad saya ckp lgi .. pompuan yg pregnant xleh kawin kna tggu lepas habis pantang dulu .. ni kes bukan bapak kandung laa .. sbb xnak nanti ada syak dan masalah dikemudian hari ..



kesian tu mmg la kesian kan .. sbb nanti mesti org sekeliling akan rasa pelik kenapa berbin kan Abdullah .. kalau budak2 plak kna ejek ngan rakan2 .. masa kelas agama dulu selalu la jugak kwn tnya ustad pasal ni .. 



ustad cakap hukuman ni bukan utk hukum budak tu .. sbb budak tu xberdosa .. ni hukuman pada ibu bapa budak tu .. kalau anak perempuan pulak xboleh walikan bapak nya .. xsah .. kna guna wali hakim bile nak kawin ..




saya pun xtau sngt pasal ni ..maaf la kalau saya salah .. cuma nk berkongsi ape yg saya tau .. kalau ade salah boleh lah bagi tau n kongsi dengan saya .. :))





cute sngat okeee ~!!! nak baby mcm ni .. :))