Showing posts with label Beautylicious. Show all posts
Showing posts with label Beautylicious. Show all posts

Thursday, 9 July 2015

Cream puff with cream cheese filling

Assalamualaikum..

with cream cheese filling

Tempahan minggu lepas, cream puff with cream cheese filling 50 biji dan curtard filling 20 biji.. katanya sekali hadap je dah habis.. haha.. for place order please email or like our page on the sidebar.. kat situ ada saya sertakan no phone.. boleh whatapps untuk pertanyaan atau order.

with custard filling
InsyaAllah sedap.. cream cheese filling resepi olah sendiri.. nak cuba boleh place order.. tenkiu..

Monday, 6 July 2015

Projek Raya 2015: Tart nenas dan Hersheys choc chip cookies

Assalamualaikum..

Macam yang aku cakap sebelum ni.. tahun ni buat 3 jenis biskut ni je.. dahlia cheese, tart nenas dengan hersheys choc chip.. alhamdulillah walaupun xbanyak order.. rezeki tu tetap order.. masih mampu nak siapkan tempahan.. lau banyak order masuk mau pengsan nak membuatnya.. haha



Biskut tart aku buat sebab ramai penggemarnya.. hehe.. atok punya favorite.. aku pun suka gak.. so buat lah.. ayah nia plak suka choc chip tu.. so alang2 kita buat biskut kegemaran masing2.. haha.. sambil menyelam minum air kan.. hehe..


Aku buat 2 packaging.. Choc chip yang balang besar tu RM 28/50 ++ biji.. balang kecik RM 20/30 ++ biji.. tart pulak balang besar RM 25 kecik RM 15.. jual murah2 je..

Tuesday, 23 June 2015

Projek Raya 2015: Dahlia Cheese

Assalamualaikum..

Hari ni nak update pasal beautylicious kita..dah lama xupdate.. lgpun anak kecik kan takut xde masa kalau amik tempahan.. pastu ngan tengah preggy pulak.. tapi untuk raya memang dah plan nak buat jugak sikit2.. tapi xkesampaian pulak..

Hmm sebabnya mula2 tu plan nak tumpang jual biskut raya kat kedai kawan ayah rania time bulan puasa.. bukan nak buat banyak pun 2 ke 3 jenis je.. pastu choco brownies, brownies cheese dengan creampuff.. tapi masa dekat puasa tu kawan kita tu bgtau xjadi plak nak niaga time puasa.. xpelaa xde rezeki kan.. nasib baik belum buat stok biskut lagi.. cuma buat untuk tester..

Tapi sebab dah ada sedikit semangat yang hilang tu aku tetap buat jugak biskut untuk tempahan dan untuk family dan diri sendiri.. lebih kepada buat untuk diri sendiri n family.. tapi kalau ada yang nak selit2 order tu boleh la selagi termampu.. aku cuma buat 3 jenis je.. yang ada stock sekarang hanya dahlia cheese.. lagi 2 tu tart nenas dan hershey kises cookies..


tulaa rupa dahlia cheese versi aku.. omeyy x.. haha.. yang penting rasa meletop cair dalam mulut.. nak order boleh email atau like fb beautylicious oteyy.. nanti dah ada stock biskut lain kita update.. harga RM 28/50 biji 1 balang..


Tuesday, 18 December 2012

Kek Padang Bola


Hari minggu ari tu saya xjadi pegi kursus kawin .. so duk rumah je .. memang kakak ipar dah tempah awal2 lagi mintak buatkan kek untuk birthday adrian ke-2 .. ingatkan nak buat malam je .. tapi dah xjadi pergi kursus so weekend tu la bertungkus lumus buat haa .. masa pergi beli barang kat yummy bakery bangi tu .. memang excited sangat nak buat .. xsabar nak deco2 .. huhu ..


barang pun beli sabtu petang .. lepas maghrib baru start baking .. buat dua adunan sebab nak bagi besar .. kek padang bola lagi cantik bila besar .. nak deco pun senang siket .. saya buat kek coklat moist je .. pastu frosting lak cream cheese .. mula2 nak buat whipping cream topping je .. tapi xjadi .. -__-





omeyyy x kek padang bola sayee .. hehe .. tapi xsempat nak rasa .. pergi hantar hari tu xstay lama .. diorang belum rasmi lagi kek nya .. masa birthday encik tunang hari tu 22/10.. masa tu belum jadi tunang la kan ..  huhu .. saya buatkan rainbow cake untuk dia .. dapppp tau .. hehehe .. 

Rainbow Cake with Cream Cheese Frosting 

P/S : Like Beautylicious Page kat Side Bar tu untuk lebih info .. :)



Friday, 10 August 2012

Coklat Ketupat ~!!


Morning peps!!

Beautylicious update !! Coklat ketupat yang comei untuk dihidangkan di hari raya .. harga boleh pm di facebook page beautylicious ok .. selain tu ada macam-macam bentuk lagi .. nk request pun boleh ..





Sunday, 5 August 2012

Beautylicious Chocolate ~!!


Hai ..


Memperkenalkan  caramel chocolate dari Beautylicous .. Harga boleh tengok kat official page kami .. kami akan mempelbagaikan lagi filling untuk chocolate .. customer nak request pun boleh jugak .. nak without filling pun boleh ..






Monday, 30 July 2012

Beautylicious apam ..


Salam ..


Letih nya hari ni .. partner balik kampung so kena siapkan tempahan apam sorang2 .. tapi seronok bila tengok apam yang comei-comei bila siap .. huhu .. sesiapa nak tempah boleh la komen atau email kat saya .. ok lah .. tu je nak update .. :)

Fruity Apam

Apam Polkadot

Saturday, 28 July 2012

My own business ~ Beautiliciuos ..


Assalamualaikum ..


Saya dan kawan baik saya baru sahaja memulakan perniagaan online makanan dibawah nama Beautylicious seperti apam polkadot, homemade chocolate, kek karemel pelangi dan beberapa jenis lagi akan diberitahu kelak .. sekarang kami memulakan tempahan untuk apam polkadot sahaja dahulu ..


Alhamdulillah, buat permulaan kami dapat reaksi yang agak mengalakkan dari rakan-rakan facebook .. Cuma yang agak pening bila dapat tempahan dari pelanggan yang jauh dan perlu dipos .. saya mahupun kawan saya tak ada pengalaman dalam bidang ini jadi saya agak risau memikirkan macam mana nak pos .. tak rosak ke nanti ya .. hmmm ..


Contoh tempahan apam polkadot yang sedia untuk di deliver ..


Kalau ada readers yang ada pengalaman buat business online makanan macam ni bolehla tolong saya ya .. Macam mana nak pos dan guna apa jenis courier .. Untuk sesiapa berminat untuk tempahan boleh email kat nanaqaseh@gmail.com .. Saya menyediakan khidmat penghantaran di area kajang/bangi sahaja .. Area Putrajaya boleh dipertimbangkan kalau tempahan dalam kuantiti yang banyak ..