cakap pasal stress ni memang xabis .. benda kecik pun kalau dok fikir boleh stress jugak .. kadang2 xnak fikir pun .. tp terfikir ..nak buat macam mana kan .. hehe .. selalu sangat stress xelok jugak untuk kesihatan .. boleh mengakibatkan hilang selera makan, hilang kawalan, lebih teruk lagi boleh jadi sakit mental sebab terlalu stress dan banyak sangat berfikir ..
saya pun kadang2 ade jugak la mengalami stress ni .. yelaa hidup kalau xde ujian dan dugaan tu kan xlengkap .. cuma cara setiap orang mengatasi benda ni je .. ni saya nak kongsi tips untuk menangani stress .. harap sedikit sebanyak dapat membantu ..
1) Fahami punca stress
- Selidik ataupun cari punca yang menyebabkan stress .. jika stress datang dari diri sendiri cuba untuk ubah ataupun ubah rutin harian dan rancang penggunaan masa dengan betul ..
2) Letakkan keutamaan
- Jangan buat semua kerja dalam satu masa .. letakkan keutamaan kepada yang penting dahulu .. ambil masa untuk rehat .. jangan terlalu bebankan otak anda .. cuba untuk selesaikan masalah sebelum ia menjadi besar ..
3) Menangis
- Menagis boleh menenangkan perasaan .. jangan malu untuk menitiskan air mata .. luahkan semuanya .. cari tempat yang tersembunyi dan nangis lah sepuas hati ..
4) Ketawa
- Dah puas menangis carilah kawan atau pun bahan yang boleh buat anda ketawa .. cuba untuk pujuk balik hati anda .. jangan terlalu ikut perasaan .. ketawa dapat membuang toksid dalam badan dan melancarkan perjalanan darah .. kita akan rasa lebih selesa dan kurang bebanan perasaan ..
5) Bersenam dan beriadah
- Bersenam dapat mencergaskan fizikal dan mental .. berpeluh dapat meringankan beban otak kita .. ini kerana perjalanan darah menjadi lebih lancar dan meningkatkan keupayaan untuk berfikir ..
6) Menyanyi , menari dan menjerit
- Menyanyi dengan suara yang nyaring sambil menangis .. kalau xnak dikata gila boleh buat dalam bilik air sambil mandi .. lepas tu badan pasti rasa segar .. :))
7) Luahkan pada sahabat karib
- Pilih orang yang sesuai untuk kamu luahkan masalah kamu .. selalunya sahabat karib kamu adalah orang yg paling memahami kamu .. jadi luahkan padanya .. minta pendapat dan menangis lah bersamanya ..
8) Curahkan perasaan dalam diari
- Luahkan segalanya .. sesetengah orang mungkin malu untuk luahkan masalah pada kawan .. jadi luahkan je kat diari .. nak luah kat blog pun boleh tapi agak kurang manis lah kan .. salah satu sebabnye masa kita tengah marah atau sedih kita mungkin akan bertindak di luar batasan .. kita akan menulis ikut kata hati .. jika tidak mahu masalah menjadi semakin besar adalah lebih baik jika orang terdekat sahaja yang mengetahuinya ..
9) Jumpa kaunselor
- Jumpa orang yang lebih pakar .. dapatkan nasihat dari orang yang berpengalaman .. selain kaunselor boleh juga rujuk pada ibu bapa ..
10) Bertawakal
- Setelah berusaha sehabis baik .. bertawakal lah .. insyaallah Allah akan permudahkan urusan kita ..
p/s: Insyaallah segala masalah boleh diselesaikan .. mungkin mengambil masa .. yang penting berusaha dan berdoa .. seterusnya tawakal kepada Allah ..