Tuesday 2 December 2014

Viral story

Assalamualaikum..

Sekarang ni apa2 kes atau berita cepat sangat jadi viral, contoh kes video kiki tu.. pastu video buli budak sekolah.. pastu hari ni pasal kes budak perempuan kena calar muka dengan perompak.. dekat fb ramai yang share pasal ni.. kesian muda lagi baru 22 tahun.. tapi nasib baik jugak la terlepas kena rogol..

Aku benda2 macam just baca jelaa.. xde nak share atau like sebab nanti kang muncul kat wall friend list kita pulak benda yang kita like tu.. x elokla kesian kat si mangsa tu.. pastu yang komen tu bukan semua elok pun.. people assume macam2 walhal xtau pun kejadian sebenar.. orang sekeliling especially family mesti la marah n sakit hati..

Aku penah alami benda ni. Kawan baik aku sejak sekolah dari form 3.. dia meninggal jatuh dari balkoni dari tingkat 4.. meninggal serta merta.. aku memang terkejut gile lah dengar berita ni.. tau pun dari fb.. kawan yg lain ucap takziah.. rasa macam gelap tiba2.. masa mula2 tau dia dah xde aku xtau pun lagi punca kenapa.. terus contact kawan2 lain..

Masa dapat tahu tu memang aku terkejut dan xcaya.. aku kenal dia dah lama kot.. xmungkin dia boleh buat tindakan bodoh macam tu walau tertekan sekalipun.. aku memang tau dia ada problem tapi yang aku tau jugak dia memamg kuat dan keras kepala.. aku macam dah agak nanti mesti tersebar gambar yang xpatut.. memang betul la tekaan aku.. bukan takat gambar siap share skali fb kawan aku tu.. nama penuh kampung kat mana.. aku pun heran macam mana diorang dapat semua info tu..

Bila dah ramai share ramai la keyboard warrior yang komem.. macam2 sampai aku xsanggup nak baca.. kejadian ni terjadi sebelum raya haji hari tu.. baru jugak la.. sampai sekarang pun aku masih duk teringat kat dia.. last sekali aku ngan dia komen2 kat fb je.. tu pun masa raya puasa.. dia upload gambar dia sekeluarga bersama suami dan anak perempuan dia dengan caption raya yang paling bermakna dalam hidup dia.. aku komen la selamat hari raya maaf zahir batin.. dia pun reply yang sama..

Aku nak tulis lebih2 pun xsampai hati.. aku dapat cite sikit2 je.. kesian kat arwah.. semoga arwah tenang kat sana.. sape2 yang baca entry ni pakat2 la sedekah al-fatihah untuk arwah.. u are always in my heart my friend..

So aku harap lepas ni kalau ada orang share benda2 macam ni korang xyah la nak tambah dosa sekali.. cukup la setakat baca untuk kau sorang je tau.. walau niat kita untuk iktibar tapi still xelok.. manusia ni hati lain2..

2 comments:

mohad said...

salam ziarah

Nana Hussin said...

thanks ijad.. dah bw blog ijad.. good info.. thumbs up..