Assalamualaikum..
Hari ni nak kongsi pasal baby solid food. YES baby hanya boleh makan after 6 month.. sebab ape, usus baby masih belum berfungsi dengan baik. Means usus baby masih xboleh nak hadam solid food lagi.. Tapi rania aku dah start bagi dia makan.. Sekarang ni rania lagi seminggu nak masuk 6 bulan.. aku dah bagi dia makan masuk 2 minggu..
Aku bagi dia makan awal bukanlah sebab aku xsayang anak.. sebab aku sayang la aku bagi.. Sebelum tu of course la aku wat research dulu.. bukan main suap je..sebab xde sangat info atau xde orang yang nak ngaku dah bagi makan anak awal sebab takut kena kondem dengan mommies2 out there xtau la kan.. haha.. so aku share.. ngeri gak baca mommies yang taksub sangat ni.. macam ni lah, semua orang sayang anak.. dah mengandung 40 minggu mau xsayang.. tapi cara kita berbeza.. xkan lah kita nak orang ikut cara kita pulak kan.. ehhh xboleh macam tu.. kena macam ni.. ehhh baby xleh makan tu.. kena masak sendiri.. malasss ke apeee.. haaaa kan..
So macam rania, aku bagi dia makan awal sebab masuk 4 bulan dan kurang minum susu kat nursery.. tapi masa tu aku masih boleh pejam mata la.. sebab ada hari dia minum habis ada tu xhabis.. aku setiap hari bagi 3 botol 3oz setiap satu.. So means 9oz.. kalau sebelum tu memang selalu habis la.. lepas tu ada baki 1 botol.. then 2 botol pulak.. dia minum 3oz je.. makin lama makin sikit minum.. mau aku xrisau.. dari aku bagi 3 botol aku bagi 2 je.. tu pun xhabis.. kadang2 xterusik pun 1 botol tu.. pastu yang dah minum pulak ada baki 1oz.. so dia minum 2oz je.. 2oz jeeeeee seharian aku hantar kat nursery dari pukul 8 sampai 5.30 petang.. 2oz jeee.. sobsss.. sedih mak kau.. hati xtenang je tiap hari tahu..
credit fb doc hana |
Kalau tengok kat chart tu.. bukan nagis je dah meraung ibu tau.. 24-30oz setiap hari.. tu termasuk malam la kan.. siang je mungkin 15oz.. beza sangat kot.. Bila dah umur 5 bulan pun masih sama macam tu jugak.. balik rumah je memang dia minum gila2 punya macam kelaparan la.. mau xlapar kan.. kesian la hai anak.. aku pun memang balik rumah perkara pertama buat bagi dia minum susu.. kalau nak kata dia xnak minum botol.. sebelum ni elok je minum.. kenapa dah makin besar macam tu lak.. ke dia dah makin pandai.. dah pandai memilih.. nak direct bf je.. -____- berat pun xnaik banyak.. 5 bulan 6.65 kg.. masa umur 3 bulan 5.8 kg.. masa 4 bulan xtimbang. so dalam masa 2 bulan tu hanya naik 0.85 kg je.. xsampai 1 kg..
Aku decide nak bagi makan tu bila dia dah tunjuk yang dia nak makan.. aku tengah makan roti bising je mulut dia.. siap rampas roti kat tangan aku masuk mulut dia.. pastu dia isap2 roti tu.. bila aku rampas balik terus nangis2.. aku bagitau MIL then MIL cakap try la bagi dia makan.. dah 5 bulan lebih xpe dah nak bagi makan.. zaman kita dulu 5 bulan tu ape pun dah telan kan.. huhu.. kebetulan kakak ipar aku ada tinggalkan biskut baby.. biskut beras tu.. aku try la patahkan sikit bagi dia.. amboi kau.. pandai pulak dia makan.. so dia memang dah bersedia nak makan..
senyum je dia makan.. bila aku ambik balik terus marah nangis2.. tapi lepas tu aku xstart bagi lagi.. risau gak kan.. so aku banyakkan research lagi.. tanya mak aku tanya MIL.. pastu aku jumpa satu artikel tu.. baby dah start boleh makan selepas 20 minggu.. means 4 bulan.. so aku lega sikit.. hari minggu tu aku try beli buah buat puree.. try dulu kalau dia xnak jangan paksa.. masa bagi tu dia makan sikit je.. mungkin sebab aku bagi puree apple je xcampur susu.. hari kedua baru aku campur susu.. dia makan habis 1 cube.. masa ni umur rania 5 bulan 1 minggu 4 hari.. satu jelaa kalau nak bagi anak makan jangan paksa..
So start aku bagi 1 cube bekal pergi taska dengan 2 botol susu 3oz setiap 1.. susu masih sama la jarang sangat habis.. mesti ada baki 1oz macam tu.. bagi aku kita sebagai ibu ni kena bijak la buat keputusan untuk anak.. jangan ikut orang.. orang buat macam tu kita pun ikut je.. ni dah nak masuk 2 minggu rania makan.. setakat ni aku bagi dia makan puree yang aku masak sendiri.. sekali lagi ni pilihan masing2 la.. nak masak sendiri atau nak bagi nestum je.. kena bijak memilih lah ya mommies..
Rania first week food chart.. yang atas tu baby center chart yang bawah aku bagi rania makan.. cheat 1 day sebenarnya ni.. rania start makan saturday 09/11 tapi dia makan sikit je.. aku xcampur susu dia macam pelik sikit.. hehe.. harap2 berat nia naik la lepas ni.. kesian anak ibu iteeww..
No comments:
Post a Comment