Wednesday 4 April 2012

Cinta Kura-Kura



Korang dah tengok tak cita ni .. saya dah tengok 2 kali .. kalau dah tengok 2 kali tu bestla kan .. haha .. okaylaa cerita ni menghiburkan .. tak boring la tengok .. lagi-lagi hero dan heroin yang ganteng dan cantik gitu deh .. hehe .. saya download je cita ni .. bukan pergi tengok wayang pun .. cita melayu ni kadang-kadang takut nak g tengok kat panggung .. takut indah khabar dari rupa .. buang duit je .. haha .. 


Mula-mula tak tau pun yang nico tu zizan .. sebab tak tengok pun sape pelakon-pelakon die .. masa download tu pun sebab tengok Tiz dengan Airel Zafrel kat cover .. tak terbaca la plak nama pelakon-pelakon lain .. yang suara kura-kura betina tu bila sekali dengar macam cam, lepastu bila tengok list pelakon hmm  memang sah .. rupanya fara fauzana .. apelaaa .. haha .. kura-kura cakap klate .. atuk iaitu si kura-kura tua tu plak  memang cam pun .. suara "kite bakor" sape tak cam kan .. hehe 


Lagu-lagu yang diorang main dalam cita ni pun best2 .. yelaa kan lagu Edry KRU yang buat .. mesti la best .. erkkk asal tiba-tiba jadi peminat KRU plak .. haha .. sebab dalam cita ni Adam tu suka nyanyi dan ada band sendiri .. Si Bob tu lah yang jadi penyanyi band diorang ni .. tambah dengan Harun Salim Bachik si Boboy tu lagi la cita ni meriah .. kesimpulannya Cinta Kura-Kura ni versi cerita melayu yang boleh ditonton berulang kali tanpa rasa jemu .. cite Ombak Rindu yang saya duk gebang ka sini pun saya tengok skali kat panggung je .. nak download macam takde perasaan plak .. huhu .. dan rating cite melayu yang paling banyak kali ulang ialah teng teng teng .. Pisau Cukur .. hehe .. memang tak terkira dah berapa kali saya tengok .. :p


Ni sinopsis Cinta Kura-Kura :



Mengisahkan tentang seorang gadis ceria berusia 21 tahun bernama Nani lakonan Tiz Zaqyah bersama binatang peliharaannya, Nico (Zizan Raja Lawak). Nico adalah seekor kura-kura spesis terancam dan ia mempunyai kelebihan luarbiasa iaitu boleh bercakap dengan manusia, tapi sekiranya dia mahu melakukannya… Kisah romantik komedi ini bermula disaat Nani berpindah ke rumah abangnya, Amin (Bob AF). Jiran Nani, Adam lakonan Airel Zafrel telah jatuh hati dengan Nani sejak kali pertama dia memandangnya. Walaubagaimanapun Nico mempunyai calon pilihannya sendiri sebagai teman hidup Nani iaitu Fazli (lakonan Fizz Fairuz), seorang pemilik kedai binatang peliharaan yang mempunyai agendanya tersendiri. Kehidupan mereka menjadi huru-hara apabila Nico mula campur tangan dengan kehidupan manusia.


Comel je diorang ni kan .. hehe


Sape-sape yang boring tak tau nak buat ape bolehla download dan tengok cita ni .. best dan tak rugi laa .. cita tak boring .. pelakon pun best2 .. diorang berlakon kat Putrajaya .. so sangat comel bila diorang naik vespa ronda-ronda Putraja .. hehe .. teringat kenangan dolu2 .. tiba2 .. haha .. korang kalau nak tengok cita ni boleh download kat SINI okey .. 


Download link from : Team Aryzs

No comments: