Wednesday, 13 April 2011

Asal usul gelaran

Asal usul gelaran mcm Raja, Tengku, Ungku, Wan, Nik, Dayang n mcm2 lagi nih .. korang tau x dtg dari mane? camne boleh start ade gelaran bagai nih .. Saya pun tau benda ni dari hasil penbacaan jugak .. xtau la betul ke idak .. just nk share n boleh kongsi pendapat .. mugkin korang lagi tau pasal ni ..


Y.a.m Sultan Kelantan Tengku Faris Petra ..



Raja
Gelaran Raja cuma digunakan di Perak dan Selangor sahaja .. tapi yang kekal guna gelaran Raja sampai ke hari ni cuma di Perak sahaja .. Mengikut sejarah keturunan raja Perak berasal dari Sang Sapurba yg berketurunan Iskandar Zulkainain .. mereka yg berketurunan Raja ni adalah waris keturunan kesultanan melayu Melaka ..


Tengku
Gelaran Tengku digunakan di Kelantan, Pahang, Terengganu dan juga Selangor .. Raja pahang adalah dari keturunan Sultan Mansur Shah yg pada mula nya menggunakan gelaran Raja (sebab waris Kesultanan Melaka) dan berubah apabila keturunan Bendahara Dynasti mula menjadi sultan di pahang .. Sultan kelantan sekarang adalah dari keturunan Long Yusuff .. Beliau diiktiraf menjadi Sultan Kelantan dan menggunakan gelaran Long, Engku sampailah menjadi Tengku sampai sekarang ..


Dayang
Gelaran Dayang ni Charles Brooke yg letak kat anak2 perempuan dia kat Sarawak dulu .. sampailah cucu2 perempuan dia mesti ada Dayang kat depan ..


Megat dan Puteri
Sejarah dulu2 gelaran Megat (untuk anak lelaki) and Puteri (untuk anak perempuan) adalah nama gelaran untuk anak anak luar nikah Sultan Melaka dan Sultan Perak dengan gundik. Tapi ni dulu punye cerita lah ..  zaman sekarang kebiasaan nya orang letak nama gelaran Megat and Puteri ni untuk perempuan keturunan Raja yang kawin dengan orang kebanyakan .. Mak keturunan Raja and bapak orang biasa so anak anak dia letak Megat and Puteri .. Tapi tak semua buat benda ni mcm anak anak Raja Azureen Sultan Azlan tak letak pun Megat or Puteri kat anak anak dia ..


Nik
asal nama gelaran NIK ni dari Puteri Saadong, Raja tak ada anak. Then ambil lah anak angkat. Sorang anak angkat dia dari buluh betung and satu lagi anak dia dapat dari mulut satu ikan kekacang .. So, mereka guna kan lah nama gelaran NIK untuk beza kan dengan anak anak lain yang keturunan Raja betul .. Tak tau lah betul ke kisah ni .. Sampai skrg siapa keturunan NIK tak boleh makan rebung and ikan kekacang tu .. Keturunan mak saya pun pantang dgn benda ni .. still jadi lagi .. sentuh pun xboleh apatah lgi makan .. sbb penah jadi sedara langgar pantang siang ikan kekacang ni tgn jadi membengkak n gatal2 ..


p/s : apepun saya mintk maaf lau ape yg saya tulis ni xbetul n saya minta perbetulkan .. sama2 lah kita belajar pasal sejarah ni kan .. :))

3 comments:

Anonymous said...

salam.maaf fakta anda sama sekali tidak benar mengenai keturunan megat dan menyinggung perasaan.sila ubah dan cari fakta sebenar.bimbang fitnah berleluasa dan mengaibkan keturunan tersebut.elakkan dari membuat dosa percuma.apatah lagi anda menyampaikan kepada yg tidak tahu dan pada yg tercari2.terima kasih untuk perhatian.

Nana Hussin said...

sorry la kalau tersinggung .. dekat entry saya tu pun awal2 saya dah bagitau kan .. fakta ni pun saya dapat dari sini ..

http://eforum1.cari.com.my/viewthread.php?tid=527211

saya cuma kongsi saja kat sini sebab rasakan nya menarik ..

Anonymous said...

salam ehhh ungku dari mane lak